Thursday, January 6, 2022

~Insurans Kereta Cover Banjir~ beli dan claim

January 06, 2022 // by agentersohor // No comments

 ~Insurans Kereta Cover Banjir~ beli dan claim
===================================




Kejadian banjir minggu lepas yang terjadi di Selangor, ramai yang tidak menyangka ianya 
terjadi. 
Sebab Selangor bukanlah negeri yang biasa terkena bencana alam seperti banjir.

Bagi negeri2 Pantai Timur yang sering dilanda banjir setiap hujung tahun, 
warga penduduk kebanyakannya dah bersiap sedia akan bencana yang bakal melanda.

Segala persiapan dari segi perlindungan rumah dan perlindungan kenderaan 
diambil kira kerana banjir berlaku saban tahun.

Apabila bencana alam ini berlaku, banyak barang berharga rosak teruk sehingga 
menelan kos yang tinggi untuk dibaiki.

 Jika anda tidak mengambil perlindungan insurans tambahan seperti insurans bencana alam 
untuk kereta, maka kerosakan tidak akan ditanggung oleh pihak insurans.

Insurans bencana alam ni berbeza dengan insurans kenderaan yang kita ambil setiap tahun tu. 

Jika anda renew roadtax tapi anda tidak ambil Special Perils Coverage
pihak insurans tidak akan cover kenderaan anda jika kereta anda terlibat banjir.

Special Perils Coverage yang syarikat insurans tawarkan ini sangat berbaloi jika kita ambil, kerana ia bukan sahaja dapat cover kos kerosakan akibat banjir sahaja, malah kerosakan akibat bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan kepada kereta anda.


Apakah itu Special Perils Coverage?

Special Perils Coverage ialah perlindungan insurans akibat bencana alam yang tidak dijangka. Tidak kira samada kenderaan anda terkena banjir, taufan atau pokok tumbang walau di mana anda berada.
Anda boleh menuntut insurans kerosakan yang dialami akibat bencana alam selagi anda melanggan insurans tambahan ini.


Macam nak beli Special Perils Coverage?

Perlindungan tambahan ni kena add on sekali semasa renew insurans kenderaan. Ianya valid hanya untuk insurans 1st party sahaja, bermaksud untuk insurans 3rd party tak boleh add on.


Cara2 Untuk Claim Insurans Kereta Banjir
 
1) Hubungi pihak insurans. Maklumkan tentang kejadian kereta tenggelam banjir dan minta perkhidmatan trak tunda.
2) Buat laporan polis. Bila keadaan mengizinkan, buat laporan polis secepat yang mungkin. Catatan lokasi & tarikh kereta tenggelam banjir, gambar kerosakan kereta, salinan lesen memandu, kad pengenalan, geran kereta serta polisi insurans anda.

3) Serahkan borong tuntutan & dokumen sokongan. Serahkan maklumat2 kepada syarikat insurans anda.

4) Hantar kereta ke bengkel panel. Minta senarai panel di kawasan anda daripada pihak insurans anda.

Untuk Ketahui Harga Insurans Dan Roadtax
Boleh Klik Sini
 







0 comments:

Post a Comment