Alamak camne nak buat ni… Tiba2 nak start kete tak boleh plak.
Ahhh sudah! bateri kong ke? Nak call sape ni?
Mula lah panik… Sape penah kena macam ni?
Pastinya sesiapa yang biasa memandu akan mengalami peristiwa ini.
Kat sini saya kongsikan dengan korang beberapa cara untuk hidupkan semula bateri untuk sementara waktu.
1) Periksa Sambungan Terminal Bateri
Perkara pertama yang korang kena buat adalah periksa sambungan terminal bateri.
Cuba gerakkan atau pusingkan sedikit sedikit sambungan terminal bagi memastikan sambungannya sempurna.
(pastikan korang matikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini)
2) Bersihkan Terminal Bateri
Kalau nampak macam ada kotoran kat bateri kereta, cuba bersihkan. Kadang-kadang kotoran tu boleh menyebabkan aliran elektrik tidak dapat disampaikan yang menyebabkan bateri menjadi kurang efisyen.
3) Lakukan Jumpstart
Kalau korang ada jumper dalam kereta, cuba lakukan jumpstart pada bateri korang. Minta bantuan daripada kawan2 atau jiran untuk lakukan jumpstart.
Sebelum melakukan jumpstart, pastikan perkara2 berikut diambil perhatian.
1) Pastikan kapasiti bateri kawan2 atau jiran lebih besar daripada bateri kereta anda bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya litar pintas.
2) Biarkan enjin anda hidup 10-30 minit untuk pengecasan berlaku.
Selain dari cara di atas, anda boleh call syarikat insurans masing2 untuk request bantuan technician ke tempat anda.
0 comments:
Post a Comment