Thursday, June 29, 2017

JIKA TAYAR PANCIT / BOCOR, APA WANITA PERLU BUAT????

June 29, 2017 // by Mustakhim Zainoor // // No comments




"Atikah, akak sekarang ada kat tepi jalan ni. Tayar kereta tiba-tiba bocor pulak masa tengah drive tadi. Akak ni mana la reti nak tukar tayar spare.....
Akak pulak tengah sarat pregnant 7 bulan ni. Tadi dah call husband, dia on the way ke sini, sejam lagi baru sampai.
Akak cuma nak tanya, kes macam ni boleh call insurans ke?"


"Ye, boleh kak. Call je hotline number auto assist 24 hours insurans kereta akak tu."
"Nanti pihak insurans akan hantar runner. Diorang akan datang ke tempat akak dan tolong tukarkan tayar kereta akak tu. Biasanya, dalam masa 20 minit diorang akan sampai, tu kalau jalan tak jammed la."
Buat masa ni, akak tunggu dalam kereta dulu ye... Duk dalam kereta sejuk sikit ada aircond sambil layan lagu jomblo happy atau ayda jebat... hehe. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Akak tak perlu bayar apa-apa pada abang runner tu. Tapi kalau nak sedekah jugak seikhlas hati, itu terpulang pada akak."




Apa nombor hotline insurans tu?
----------------------------------------------
Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
Etiqa Takaful : 1-800-88-6491
Takaful Malaysia : 1-800-88-3323
Zurich Takaful : 03-7628 3773
Kurnia Insurance : 1-800-88-3833
Allianz Insurance : 1-800-88-1028
AXA Affin Insurance : 1-800-88-1033
Liberty Insurance : 1-800-88-8990
(Sila save nombor diatas sekarang)

Untuk pengetahuan akak, perkhidmatan ni boleh cover di mana sahaja tayar kereta akak bocor.
Samada bocor tu kena di parking shopping mall, rumah, office, highway, kat kampung atau dimana saja.

====================================================================
NOTA PENTING : Perkhidmatan ini hanya untuk insurans 1st party (comprehensive plan) sahaja.
Kepada mereka yang amik 3rd party masa renew insurans & roadtax, anda tak dapat menggunakan perkhidmatan ini.
Sebab tu la saya tak galakkan pelanggan saya ambil 3rd party insurans.

Untuk Ketahui Harga Insurans Dan Roadtax Boleh Klik Sini

Sila share untuk senang nak refer nanti.



0 comments:

Post a Comment