Saturday, July 1, 2017

TARIF BARU INSURANS KENDERAAN

July 01, 2017 // by Mustakhim Zainoor // // No comments



PEMANSUHAN TARIF INSURANS KENDERAAN

Bermula 1 Julai 2017 ini, sistem insurans dan takaful di Malaysia akan berubah sepenuhnya.

1. Sistem Sedia Ada


Selama 30 tahun, premium insurans dan takaful motor dikawal oleh tarif Bank Negara Malaysia (BNM). Premium ini ditentukan oleh 'market value', CC kenderaan dan loading.

Oleh sebab dikawal oleh tarif BNM, premium menjadi lebih kurang sama antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.

2. Pemansuhan Tarif

Apabila premium insurans dan takaful motor tidak lagi dikawal tarif oleh BNM, setiap syarikat insurans dan takaful bebas meletakkan harga sendiri. Mereka juga bebas untuk revise premium pada bila-bila masa.

Sistem ini telah lama dipraktikkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, Thailand dan Singapura.

3. Apa kesannya kepada pengguna:

Pada pendapat admin, ia merupakan suatu perkembangan yang positif kerana:

  • Mungkin premium menjadi lebih murah kerana masing-masing syarikat bersaing antara satu sama lain.
  • Syarikat insurans dan takaful akan memperkenalkan produk baru yang mempunyai lebih manfaat.
  • Servis menjadi lebih efektif kerana persaingan antara syarikat insurans dan takaful.
4. Apakah faktor yang mempengaruhi bayaran premium baharu?

Pengiraan premium baharu akan mengambil kira:

  • Risiko pemilik kenderaan termasuklah jantina, umur dan pekerjaan
  • Model dan jenis kenderaan
  • Rekod claims
  • Kegunaan kereta
  • Tempat tinggal
Jadi pesanan admin...

Since, syarikat insurans dan takaful bebas untuk tentukan bayaran premium, jadi admin sarankan kepada pelanggan untuk survey dahulu quotation. Ada 30 syarikat insurans dan takaful. Harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini berbeza.

Admin boleh tawarkan 4 quotation dari 4 syarikat berbeza

  • Takaful Malaysia
  • Etiqa Takaful
  • Takaful Ikhlas
  • Kurnia Insurans
Tidak semestinya yang mahal itu bagus dan yang murah itu tidak bagus. Bila mencari sesuatu produk insurans, fokus pada NILAI PERLINDUNGAN.

Sekiranya anda beli kerana HARGA, anda akan dapat HARGA. Tetapi sekiranya anda beli kerana NILAI, anda akan dapat NILAI.

Walaubagaimanapun tarif ini baru sahaja bermula 1/7/2017. Kemungkinan posting ini berlainan dengan hal sebenar.

Berhati-hati ketika memandu, kerana anda mungkin akan dikenakan bayaran premium yang lebih tinggi disebabkan oleh kecuaian anda.

Nak saya kirakan quotation?
Pm terus ke 01132907381
atau tinggalkan no tepon diruang komen

0 comments:

Post a Comment