Thursday, December 21, 2017

CERMIN RETAK?? APA NAK BUAT?? Insurans Cover ker??

December 21, 2017 // by Mustakhim Zainoor // // 1 comment


Kadang2 tengah kita syok2 drive, tetiba ada batu kecik hinggap kat cermin kereta kesayangan kita. Tapi cermin tak pecah, retak jer...apa nak buat ehh?  Boleh tonton video ini



Haaa itulah pentingnya tuan puan perlu tahu apa yang insurans cover kereta kita nie...sbb kadang2 ada perkara yang tak dicover, sbb kebiasaannya orang nak murah2 janji ada insurans nak hidupkan roadtax. third party pun takpe....Takpe2 disini saya kongsikan sikit apa yang tuan puan perlu tahu dan cara2 nak buat claim

1) Cover Note
Cover note nie dikeluarkan oleh pihak syarikat insurans yang tuan puan pilih. (ini amek dari internet)


Gambar Full Cover Note


Garisan yang bewarna biru tue dipanggil NCD, Apa tue NCD? NCD ialah apabila tuan puan beli kereta dan sudah bertahun2 renew roadtax tapi tak penah claim accident, Syarikat insurans akan bagi diskaun (Boleh lihat gambar yang bergarisan biru)


Perkara yang ada di cover note


Garisan yang warna merah tuelah yang saya nak cerita. Windscreen atau pun cakap mudahnya insurans cover cermin. Haa yang nie tuan puan kena check tengok kat cover note masing2. Seperti yang tertera kat gambar tue, nak cover cermin harga RM700.00 Hanya perlu tambah RM105.00. Murah tue... kalau takde cover, ganti sendiri mau koyak poket..huhuhuhu (cermin sisi pun dicover tau)

2) Authorised Driver
Hanya nama yang tertera sahaja yang boleh buat claim nie

Setiap Cover note mmg ada nama2 nie

3) Kad Pengenalan Owner dan Lesen Memandu yang masih hidup (ini penting woo..)

4) Semak bengkel panel berdekatan di website insurans kereta

5) Geran Kereta (Copy pun takpe)

Dah check semua benda, boleh terus ke bengkel untuk tukar cermin baru.

Untuk Ketahui Harga Insurans Dan Roadtax Boleh Klik Sini



#roadtax #myroadtax #insuranspantas #roadtaxpantas #insuranskereta #myeg







1 comment: