Wednesday, March 11, 2020

MEMAHAMI INSURANS KENDERAAN ANDA: APA ITU NCD?

March 11, 2020 // by agentersohor // // No comments


Apa itu NCD dan bagaimana ia dapat menjimatkan premium insurans anda



Setiap kenderaan yang anda miliki pastinya akan mempunyai polisi insurans untuk melindungi kenderaan tersebut. Polisi kenderaan ini biasanya ditetapkan mengikut harga semasa anda membeli kenderaan tersebut. Kenderaan baru akan memiliki harga polisi yang tinggi kerana ia merupakan kali pertama anda membayar polisi insurans.
Perlindungan polisi insurans adalah sangat penting terutamanya ketika anda bergerak di atas jalanraya kerana ia melibatkan pengguna jalanraya yang lain. Sebarang kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku, oleh itu anda akan berasa lebih selamat sekiranya kenderaan anda telah dilindungi dengan polisi insurans.

Namun yang demikian, tahukah anda ada satu komponen dalam polisi insurans yang akan membantu anda memperoleh ganjaran daripada polisi ini apabila tiada apa-apa kejadian yang berlaku ke atas kenderaan anda sepanjang tempoh perlindungan polisi tersebut. Komponen inidipanggil NCD.

Apa itu NCD dan bagaimana ia dapat menjimatkan premium insurans anda

Salah satu komponen penting dalam polisi insurans kenderaan adalah NCD atau nama panjangnya "No Claim Discount" atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Diskaun Tiada Tuntutan. Komponen ini sangat penting kerana ia akan memberi ganjaran kepada pemilik polisi, oleh itu perlu memahaminya supaya ganjaran akan diperolehi sepenuhnya.

NCD atau juga dikenali sebagai NCD iaitu "No Claim Bonus" adalah suatu jenis bonus atau ganjaran yang diberi kepada pengguna jika tiada tuntutan dibuat terhadap plisi kenderaan untuk tempoh 12 bulan sebelum itu. Ini bermakna sekiranya anda tidak pernah membuat tuntutan selama 12 bulan sepanjang anda memegang polisi, maka pada masa anda memperbaharuinya, anda akan mendapat diskaun.

Berapa banyak diskaun yang akan anda perolehi adalah bergantung kepada kenderaan yang anda miliki untuk polisi tersebut. Secara amnya kenderaan persendirian yang akan menikmati diskaun yang lebih tinggi berbanding kenderaan lain seperti komersial atau motosikal. Anda boleh merujuk kepada gambarajah seperti di bawah untuk menentukan diskaun yang akan anda perolehi mengikut jenis kenderaan dan jumlah tempoh mengikut tahun.

Kadar ini ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Oleh itu ianya tidak akan berbeza-beza mengikut syarikat insurans.

Bagaimana fungsinya?
Untuk mendapatkan diskaun anda perlu memenuhi syarat 12 bulan tuntutan. Ini bermakna, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, anda cuma akan dapat diskaun di masa anda perlu memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama. Disini anda dapat menikmati diskaun sebanyak 25% (kita ambil contoh kenderaan persendirian)

Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun kedua (iaitu 24 bulan tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan meningkat kepada 30% semasa pembaharuan tahun ketiga.

Apa pula akan terjadi jika anda terpaksa melakukan tuntutan? Contohnya pada tahun ketiga, anda kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, dimasa pembaharuan polisi anda tidak lagi akan mendapat diskaun. Diskaun anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama dimana anda akan mula semula dari tahap paling atas seperti dalam gambarajah. Seterusnya untuk tahun berikutnya jika tiada tuntutan dibuat, maka diskaun anda adalah 25%.



Beberapa faktor penting mengenai NCD:
No-Fault Damage
No-Fault Damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan disebabkan diri sendiri. Anda tidak akan kehilangan diskaun NCD kereta anda atas tuntutan sebegini. Contohnya jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh pihak ketiga (orang lain), anda mempunyai pilihan samada untuk membuat tuntutan terhadap polisi pihak ketiga terbabit, ataupun polisi komprehensif anda sendiri tanpa menjejaskan NCD kereta anda.

Ia Boleh Dipindahkan
Ia boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta lain. Contohnya jika anda mempunyai NCD sebanyak 30% dan anda ingin menjual kereta anda untuk membeli kereta baru, anda boleh memindahkan diskaun 30% itu kepada kereta baru anda.

Walau bagaimanapun, jika anda membeli kereta baru tetapi anda tetap menyimpan kereta lama anda, maka kereta baru anda tiada NCD (0%) kerana anda tidak boleh menggunakan satu NCD pada lebih dari satu kenderaan. Di sini kami menasihatkan jika anda memiliki lebih dari satu kenderaan, anda sewajarnya memindahkan NCD yang tertinggi diskaunnya ke kereta yang paling tinggi harga pasarannya untuk mendapatkan lebih penjumatan premium.

Penukaran Syarikat Insurans
Jika anda ingin menukar syarikat insurans/ takaful anda, NCD kereta anda tidak akan terjejas. Ini bermakna anda akan tetap dapat menikmati kadar NCD yang anda telah capai walaupun dengan syarikat insurans baru. Cuma adakalanya syarikat insurans anda yang lama atau syarikat insurans yang baru anda minta sebutharga akan lock NCD kereta anda sebagai secure bisnes. Anda hanya akan tahu NCD anda di lock apabila syarikat insurans baru menyatakan mereka tidak dapat pick up NCD anda. Jika perkara ini berlaku, NCD anda akan tertera sebagai 0%. Anda sebagai pemilik kenderaan perlu menghubungi syarikat insurans lama untuk meminta mereka release NCD bagi mendapatkan harga insurans baru dengan lebih tepat.

Polisi Cermin Kereta
Polisi cermin kereta adalah satu polisi tambahan pada insurans komprehensif anda. Ramai yang memilih untuk memilikinya memandangkan jumlah yang tinggi untuk membaiki/ menukar cermin yang pecah. Jika anda memiliki polisi cermin kereta dan membuat tuntutan terhadapnya, NCD kereta anda tidak akan terjejas. Tetapi jika anda tidak memiliki polisi ini, sekiranya berlaku kemalangan dimana anda terpaksa membuat tuntutan bagi menukar cermin kereta anda, maka anda akan kehilangan NCD anda.

Bagaimana Untuk Menikmati Ganjaran Sepenuhnya?
Ada masanya dimana ianya lebih bijak untuk membayar kerosakan sendiri daripada membuat tuntutan insurans untuk untuk mengelakkan kehilangan NCD. Contohnya jika kos membaiki adalah sedikit dibandingkan dengan penjimatan yang diperolehi daripada NCD. Jadi anda perlu ambil tahu berapakah premium yang anda bayar dan berapakah penjimatan dari NCD anda, supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak.

Contohnya:

A. Jika anda tidak memiliki polisi cermin kereta:

Kos membaiki cermin adalah RM500.00. Kadar NCD anda ialah 55% yang akan memberi diskaun sebanyak RM600.00. Disini anda tidak usah tuntut dari pihak insurans anda, tetapi adalah lebih bujak jika anda membayar sendiri kos membaiki itu. Ini kerana, anda bukan sahaja akan dapat menjimatkan RM100.00 tetapi anda akan mendapat lebih daripada itu, kerana NCD kereta anda tetap meningkat. NCD adalah lebih bernilai kerana peningkatannya setiap tahun.

B. Jika anda memiliki polisi cermin kereta:

Jika anda memiliki polisi cermin kereta, anda tidak perlu membuat tuntutan terhadap polisi ini kerana anda tidak akan kehilangan NCD anda.




Jadilah pengguna yang bijak. Fahami polisi anda, bukan saja ia dapat melindungi hak anda sebagai pemegang polisi, tetapi juga menjimatkan kos anda. Jika anda tidak pasti, dapatkan penjelasan ejen anda.

Ingin periksa NCD? Boleh WASAP kami

Ingin tahu info2 lain boleh klik sini HOME

0 comments:

Post a Comment