Monday, April 27, 2020

Bahaya!!! Kereta Boleh Rosak Semasa PKP ~5 tips untuk atasinya~


Untuk Ketahui Harga Insurans Dan Roadtax Boleh Klik Sini

Apakah masalah jika kereta sudah seminggu lebih tidak dihidupkan?

Sedar tak sedar dah 41 hari PKP berjalan. 
Ramai diantara kita yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan. Ada juga diantara kita yang tidak keluar rumah sejak PKP dikuatkuasakan mulai 18 Mac yang lepas. 
Silap hari bulan anda dah lupa kat mana anda simpan kunci kereta anda 😅😅

Sebenarnya ada perkara penting yang anda perlu tahu jika tidak keluar rumah sejak PKP pertama dikuatkuasakan. 
Iaitu kereta anda sudah lama tidak dihidupkan. 
Tahukah anda, jika kereta anda tidak dihidupkan selama seminggu, berkemungkinan anda berdepan dengan masalah besar apabila kereta tidak dapat dihidupkan.

Apakah masalah jika kereta sudah seminggu lebih tidak dihidupkan?

1) Bateri kereta akan menjadi lemah
Ini kerana walaupun anda tidak menghidupkan enjin kereta, sebenarnya enjin kereta anda berjalan, disebabkan beberapa alat elektronik kereta perlu dihidupkan seperti jam, radio, alarm dan sebagainya. Untuk mengekalkan bateri anda berada pada tahap optimum, enjin kereta anda harus dihidupkan dan ia akan memberikan cas kepada bateri anda.

2) Pam minyak sukar ditekan
Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa tempoh yang agak lama, ia akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injektor dan berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin. Biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan secara menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.

3) Air radiator akan menjadi berlumut
Air di dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran. Apabila enjin dihidupkan untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik hanyalah 70% dari asalnya. Enjin akan mengalami sedikit kepanasan dan air dalam radiator perlu dibuang dan digantikan dengan coolant dan air yang baru.


Apa yang harus dilakukan?

Anda perlu menghidupkan dan memanaskan enjin kereta anda selama 20 minit bagi mengelakkan masalah seperti di atas.



1) Set timer dalam clock phone anda kepada 20 minit. Apabila enjin kereta anda dihidupkan, anda perlu start timer ini.

2) Stay at home. Anda tidak perlu gerakkan kereta anda kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Cukup sekadar memanaskan enjin kereta anda.

3) Sebelum enjin dihidupkan, pastikan lampu, aircond dan radio dimatikan.

4) Biarkan enjin anda dihidupkan selama 20 minit.

5) Setelah cukup 20 minit anda boleh mematikan enjin, tutup kereta anda dan kembali ke dalam rumah dan stay at home.

Dengan melakukan pemanasan enjin ini, berkemungkinan minggu depan apabila PKP ditamatkan, anda tiada masalah untuk menghidup dan menggerakkan kenderaan anda.

Jika anda tidak melakukannya, berkemungkinan anda perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki.

#stayhome
#staysafe
#patuhiPKP

0 comments:

Post a Comment